Saya Hairil Wahiri, berpengalaman lebih 14 tahun, dan telah berjaya menjual lebih 700 unit hartanah seperti rumah kediaman, rumah kedai, pangsapuri, kondominium, semi-d, banglo, tanah stesyen minyak, tanah banglo lot, tanah pembangunan, komersil dan lain-lain lagi.

Pengalaman saya sememangnya luas dari pelbagai segmen pasaran hartanah iaitu 11 tahun di dalam industri second/subsale dan lelong yang mana sebelum ini di agensi Rescom Realty, Transasia Property dan sekarang bersama agensi hartanah Legacy Real Property dan 3 tahun pengalaman kerja bersama pemaju nombor satu di Malaysia iaitu Sime Darby Property bagi projek dalam pembinaan. Bukan itu sahaja, sememangnya terbukti saya adalah TOP SALES di agensi dan juga TOP SALES ketika bekerja bersama pemaju.

Kelulusan akademik saya pula ialah saya memiliki Sijil Agensi Harta Tanah (CEA), INSPEN, memiliki Ijazah dalam Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian), UPM dan juga Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat), UTM. Saya juga adalah ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Sememangnya terbukti saya telah banyak membantu pemilik rumah menjual rumah mereka dan membantu pembeli rumah memiliki rumah idaman mereka.

EMPAT PERKARA

KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR

PROFESIONAL

Ejen Hartanah adalah kerjaya yang profesional dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Ejen Hartanah juga perlu mamatuhi akta-akta tertentu demi menjaga kepentingan pelanggan.

JIMAT MASA

Anda tidak perlu membuang masa anda untuk berurusan dengan ramai pihak dalam urusan jual, beli atau sewa hartanah. Semua urusan diuruskan oleh saya dari A hingga Z. Anda akan dapat masa yang berkualiti dan boleh melaksanakan urusan lain dengan tenang.

BERPENGALAMAN

Berpengalaman lebih 14 tahun sebagai ejen hartanah berdaftar. Saya yakin, dengan pengalaman saya, urusan jual beli atau sewa hartanah pelanggan akan berjalan dengan lancar dan yang paling penting ianya selamat.

RANGKAIAN LUAS

Saya telah lama berada di dalam industri dan mempunyai rangkaian yang sangat besar dalam kalangan pemain industri Perejenan Harta Tanah. Saya juga mempunyai panel Peguam dan Bank yang mahir dan berpengalaman dalam hartanah. Kebarangkalian rumah anda terjual cepat adalah sangat tinggi.

Khidmat Perejenan Harta Tanah Terbaik Untuk Anda

Mencari Ejen Hartanah Negeri Sembilan yang berpengalaman, berdaftar dan dipercayai? Untuk pengetahuan anda, saya telah berjaya menjual lebih daripada 700+ rumah dengan nilai hampir 850 juta ringgit dan aktif menjual di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Lembah Klang. Sekiranya anda berurusan dengan saya, inshaallah saya akan buat yang terbaik untuk anda dalam memastikan transaksi jual beli hartanah anda berjalan lancar.

Loading...
Loading...

Compare Properties

Compare
You can only compare 4 properties, any new property added will replace the first one from the comparison.